senjata pendek yang amat runcing dihujungnya dan terdapat satu alur senayan dibelakang senjata
perhatikan mata senjata yang bertatahkan ayat alquran
Senjata-senjata peribadi hasil koleksi dari penitian selama 20 tahun dalam menuntut ilmu di perguruan dari mula menyertai sebagai pelajar baru , bertatih bertahun-tahun sehinggalah saya mendapat tauliah sebagai guru, kemudian menyambung pengajian sehingga mendapat guru perguruan nusantara dan beberapa tahun selepas itu diijazahkan sebagai mahaguru perguruan nusantara, menyambung semula pengajian selepas itu sehingga berjaya mendapat tauliah mahaguru persilatan dan disambung dalam bidang alquran, fardu ain, suluk dan tasauf sehingga mendapat mahaguru agong dengan beroleh tauliah centeng diraja yang tauliah dan dipakaikan sendiri centeng tersebut oleh Maulana Pendita Sumur 7, beberapa tahun selepas itu akhirnya saya dapat menamatkan pengajian dibawah perguruan karakatua dengan dianugerahkan sebagai Mahaguru Pendita dengan menyandang centeng 46 yakni satu kedudukan yang tinggi dari Perguruan Karakatua untuk orang nyata seperti saya.
Sekarang walaupun sudah menamatkan pengajian diperguruan namun masih lagi meneruskan bakti apabila dilantik menjawat jawatan sebagai penasihat agong perguruan. Satu perjalanan menuntut ilmu yang amat panjang bermula dari bujang sehinggalah sekarang anak-anak pun ada yang telah dewasa. justeru perjalanan yang panjang tersebut banyaklah pengalaman dan kenangan dalam bentuk barang-barang peribadi yang diperolehi dalam pelbagai bentuk.
Saya berhasrat untuk melepaskan sebahagian dari barang peribadi yang ada untuk di maharkan kepada murid-murid mahupun kepada pengunjung blog ini sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberi kepada blog ini, sementara sebahagian lagi barang peribadi adalah untuk peninggalan kepada anak-anak sebagai kenang-kenangan mereka dan sebagai hadiah kepada mereka atas kesabaran mereka meniti kesusahan dan kepayahan apabila ditinggalkan semasa saya menuntut di persantren perguruan dahulu. Kebanyakan barang-barang peribadi ini adalah hadiah yang diperolehi dari pelbagai perguruan-perguruan dari seluruh nusantara dan tak kurang juga sebahagiannya adalah hadiah perkenalan dari pembesar-pembesar bunian kepada kami semasa kami menuntut dahulu.
Pada hari ini saya ingin memaharkan sebilah senjata tempur pendek bernama rencong semanggar dari Perguruan Semanggar seperti gambar diatas. Kepada yang berminat sila sms atau whatsApp sahaja saya di 011 19168418 dan nyatakan mahar yang ingin ditawarkan untuk menebus barang tersebut. Saya tidak mengharapkan mahar yang lumayan memadai sekadar berpatutan dengan barang yang ditawarkan setanding kehalusan luarannya mahupun keindahan pengisian dalamnya juga nilai pengorbanan pencarian ilmu yang mengambil tempoh masa yang panjang tersebut.