Perguruan Andeta Sakti ditubuhkan, didaftarkan, ditadbir dan dioperasikan di alam dalam, secara fizikal ianya tidak ujud di alam nyata, hanya silibus2 ilmu dan kebatinannya sahaja yang dibawa keluar ke alam nyata untuk memberi peluang kpd orang ramai manusia nyata mempelajari dan menguasai ilmu2 dan kebatinan2 dari perguruan alam dalam (ghaib)
Rabu, 27 Julai 2016
MINYAK CINDAI PERINDU (BARU)
Minyak Cindai Perindu (baru) ini adalah ditingkatkan kebatinan dan dihasilkan dari gabungan 7 unsur kebatinan (sebelum ini 4 unsur sahaja) iaitu:
1.kebatinan minyak cindai
2.kebatinan minyak buluh perindu
4.kebatinan minyak cendana
5.kebatinan minyak cenuai
6.kebatinan minyak "bulu" perindu
7.kebatinan minyak sri
selain dari itu minyak ini juga ditingkatkan darjat kebatinannya dengan penerapan-penerapan kebatinan tambahan dari beberapa perguruan lagi termasuk yang terkini salah satunya adalah Perguruan Hang Tuah.
diantara kegunaan minyak ini adalah untuk :
1.disenangi majikan dan rakan
2.disayangi pensyarah / guru dan teman-teman
3.agar laris dagangan dan pelanggan membeli lagi
4.untuk temuduga dan mencari pekerjaan agar mudah mendapat kerja
5.kepada pemimpin masyarakat agar dihormati pengikut
6.sebagai majikan agar dikasihi pekerja dan pekerja akur dengan arahan
7.bagi yang mencari jodoh agar mudah bertemu pasangan hidup
8.kepada pemimpin politik agar digemari
9.disayangi isteri, anak-anak, ipar duai, mertua dan saudara mara
10.kepada kekasih agar dirindui oleh pasangan
11.digunakan ketika bertemu dengan orang-orang yang berilmu (kebatinan)
12.kepada yang menuntut hutang agar mudah dibayar
13.digunakan untuk melerai permasalahan rumahtangga.
kepada yang berminat sila whatsapp / mesej Maulana Pendeta di 011-19168418
Jumaat, 25 Mac 2016
PROMOSI BATU FAIRUZ (KEBATINAN)
contoh batu fairuz yang telah dibuat cincin oleh pemiliknya
Kegunaan Kebatinan Batu Fairuz:
1.dimurahkan rezki
2.digemari masyarakat
3.dipermudahkan jalan keluar dari masalah
4.dihndarkan musibah
5.pelaris perniagaan
6.penghindar sihir dan ilmu hitam
Kepada yang berminat sila whatsapp / mesej sahaja maulana pendeta di 011-19168418
Isnin, 8 Februari 2016
KOLEKSI PERIBADI UNTUK DIMAHARKAN - BATU DELIMA
BATU DELIMA MILIK PERIBADI
Kepada yang berminat untuk menebus batu delima milik peribadi saya bolehlah whatsapp / mesej kepada saya Maulana Pendeta D.Patinggi di 011-19168418
Saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan ribuan terikasih kepada seorang rakan yang pernah menebus batu delima milik peribadi dari saya kerana sudi mengizinkan gambar batu delima yang diperolehinya dari saya untuk dikongsi dengan ahli-ahli akbn yang lain, namun demi menjaga keselesaan dan keharmonian beliau nama dan no telefonnya tidak saya siarkan.
gambar 1
gambar 1 diatas menunjukkan bagaimana batu delima yang telah ditebus oleh kawan saya itu apabila dizikirkan dan dititiskan dengan air embun, kelihatan amat jelas air embun tersebut bertukar menjadi merah.
gambar 2
gambar 2 diambil secara dekat apabila batu delima tadi telah selesai dizikirkan dengan cara dan kaedah pengamalannya sendiri, amat jelas kelihatan disebelah batu delima yang asal (merah pekat) ujud 2 biji lagi batu delima kecil (merah bercahaya) atau dalam bahasa lain ibu / induk batu delima tadi telah "melahirkan" dua biji batu delima yang baru selepas semua proses kebatinan berjaya diselesaikan.
Hatinya yang bersih dan mulia merupakan kunci kepada kejayaan rakan saya tadi disamping membuktikan barang-barang dari saya / akbn adalah barang barang dari perguruan yang mempunyai nilai yang amat tinggi, hanya yang tahu menilai akan memperolehi hasilnya dan yang tahu erti penghormatan kepada guru akan mendapat keberkatannya. wasalam.
Ahad, 8 Februari 2015
WAFAK MEMANCING
Kepada kaki pancing yang berminat dengan wafak memancing bolehlah hubungi saya samada melalui whatsapp atau mesej sahaja. 011-19168418 (maulana pendeta)
Sabtu, 6 Disember 2014
BARANG KOLEKSI PERIBADI UNTUK DIMAHARKAN - BADAR
KEBATINAN KAMBAL KURIS SAWI
Besi badar berasal dari perguruan sumur 7 yang di cipta oleh seorang pendeta yang menuntut di sumur 7 iaitu Tuan Syeikh Maulana Kiai Hj Ahmad Salimbar kira-kira 700 tahun dahulu. Besi badar merupakan satu senjata bagi guru-guru dan mahaguru-mahaguru sebagai pegangan mengenang sejarah perjuangan. Dipercayai nama besi badar itu sendiri diambil dari sebutan perang Badar yang terkenal dalam sejarah Islam. Pada zaman ini banyak terdapat besi badar yang boleh didapati dipasaran dan para peniaga namun ianya bukanlah dari perguruan sumur 7.
Diantara kelebihan besi badar ini ialah:
1.sebagai senjata kawalan diri andai ada situasi yang merbahaya tanpa disedari
2.kebal tubuh dengan amalan ketika darurat dan kecemasan
3.pagaran diri dari segala ancaman nyata dan ghaib
4.digunakan untuk memulangkan hantaran ilmu musuh
5.kawalan gelanggang bagi guru-guru persilatan
6.menghindar dari gangguan pelesit, bajang dan jin-jin yang jahat
7.pasak diri dari dengki khianat musuh
Besi badar dalam perguruan sumur 7 adalah dari amalan dan kebatinan dari aliran yang sama dengan semua perguruan kiai seluruh dunia dan dalam perguruan sumur 7 kebatinan tersebut dinamakan kebatinan kambal kuris sawi.
kepada yang berminat untuk memiliki besi badar ini sama ada dengan kebatinan dan wafaknya atau boleh juga memiliki besi badar ini tanpa kebatinan dan wafaknya boleh sms atau whatsapp sahaja terus ke talian paduka pendeta d.ptgi di no 011 19168418
Khamis, 13 November 2014
BARANG KEBATINAN BULAN MUHARRAM
Makluman kepada murid-muridku yang dikasihi dan sidang pembaca, bahawa pada 1 Muharram yang lepas AKBN bersama perguruan telah melaksanakan ritual khusus dan dengan izin Allah telah berjaya menzahirkan dan memperolehi hadiah-hadiah serta anugerah-anugerah dari pelbagai pihak dan barang-barang tersebut hadir dakam bentuk batu-batu dan senjata. Kini tempoh barangan tersebut telah matang dan sedia untuk dimaharkan kepada yang berminat. Pemilik yang menebus barangan besar kemungkinan akan dapat bertemu dan berbicara dengan penjaga barang kebatinan tersebut melalui alamat mimpi. Untuk makluman setiap barang kebatinan ini dihadiahkan oleh penjaga-penjaga yang berbeza yakni bukan dari satu sumber pemberian sahaja, Kebanyakan mereka adalah orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dialam mereka. Diantara barangan yang boleh ditebus dan dimaharkan adalah seperti berikut:
1.pelbagai batu aked dengan kelebihan untuk penimbul tubuh dan tahan kulit
2.pelbagai batu aked dengan kelebihan pembisa tumbukan dan kekuatan pukulan sebanyak 21 tumbukan
3.pelbagai batu aked dengan kelebihan rawatan, pemilik boleh merawat pelbagai permasalahan termasuk permasalahan yang berat-berat.
4.batu serai untuk pengasih umum
5.batu fairuz hijau dan biru khusus untuk pelaris perniagaan
6.batu fairuz merah khusus untuk pendinding dari sihir dan dengki khianat orang
7.batu cat eyes kelebihannya digemari ramai tidak kira bangsa dan agama
8.buntat bumi sebagai kalisan dari serangan fizikal mahupun serangan dalam bentuk kebatinan
9.batu jarum mas untuk rawatan dan kalisan ilmu hitam dan biji angin
10.batu delima khasiatnya pelbagai mengikut niat
11.batu zamrud digunakan untuk membuka pintu rezki, pekerjaan dan perniagaan
BARANG TAMBAHAN:
1.Pelbagai jenis keris dan sundang dari yang murah hingga yang mahal
2.Anugerah istimewa dari Yang Amat Mulia Paduka Tuan Puteri iaitu pati minyak pengasih milik peribadinya sendiri, Telah saya botolkan semula agar dapat ditebus oleh lebih ramai ahli-ahli dan sidang pembaca agar lebih adil dan saksama untuk kita berkongsi apa yang ada.
3.sepasang sanggul tembaga pemberian dari putri yang lain kegunaan untuk kecantikan wanita
4.sebiji batu khursani yang masih belum dicanai dengan kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri
TEMPAHAN DAN PERTANYAAN:
kepada yang berminat sila sms atau whatsapp sahaja kepada saya (paduka maulana pendeta) di no 011-19168418
Selasa, 15 Julai 2014
BARANG KOLEKSI PERIBADI UNTUK DIMAHARKAN. RENCONG SEMANGGAR
senjata pendek yang amat runcing dihujungnya dan terdapat satu alur senayan dibelakang senjata
perhatikan mata senjata yang bertatahkan ayat alquran
Senjata-senjata peribadi hasil koleksi dari penitian selama 20 tahun dalam menuntut ilmu di perguruan dari mula menyertai sebagai pelajar baru , bertatih bertahun-tahun sehinggalah saya mendapat tauliah sebagai guru, kemudian menyambung pengajian sehingga mendapat guru perguruan nusantara dan beberapa tahun selepas itu diijazahkan sebagai mahaguru perguruan nusantara, menyambung semula pengajian selepas itu sehingga berjaya mendapat tauliah mahaguru persilatan dan disambung dalam bidang alquran, fardu ain, suluk dan tasauf sehingga mendapat mahaguru agong dengan beroleh tauliah centeng diraja yang tauliah dan dipakaikan sendiri centeng tersebut oleh Maulana Pendita Sumur 7, beberapa tahun selepas itu akhirnya saya dapat menamatkan pengajian dibawah perguruan karakatua dengan dianugerahkan sebagai Mahaguru Pendita dengan menyandang centeng 46 yakni satu kedudukan yang tinggi dari Perguruan Karakatua untuk orang nyata seperti saya.
Sekarang walaupun sudah menamatkan pengajian diperguruan namun masih lagi meneruskan bakti apabila dilantik menjawat jawatan sebagai penasihat agong perguruan. Satu perjalanan menuntut ilmu yang amat panjang bermula dari bujang sehinggalah sekarang anak-anak pun ada yang telah dewasa. justeru perjalanan yang panjang tersebut banyaklah pengalaman dan kenangan dalam bentuk barang-barang peribadi yang diperolehi dalam pelbagai bentuk.
Saya berhasrat untuk melepaskan sebahagian dari barang peribadi yang ada untuk di maharkan kepada murid-murid mahupun kepada pengunjung blog ini sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberi kepada blog ini, sementara sebahagian lagi barang peribadi adalah untuk peninggalan kepada anak-anak sebagai kenang-kenangan mereka dan sebagai hadiah kepada mereka atas kesabaran mereka meniti kesusahan dan kepayahan apabila ditinggalkan semasa saya menuntut di persantren perguruan dahulu. Kebanyakan barang-barang peribadi ini adalah hadiah yang diperolehi dari pelbagai perguruan-perguruan dari seluruh nusantara dan tak kurang juga sebahagiannya adalah hadiah perkenalan dari pembesar-pembesar bunian kepada kami semasa kami menuntut dahulu.
Pada hari ini saya ingin memaharkan sebilah senjata tempur pendek bernama rencong semanggar dari Perguruan Semanggar seperti gambar diatas. Kepada yang berminat sila sms atau whatsApp sahaja saya di 011 19168418 dan nyatakan mahar yang ingin ditawarkan untuk menebus barang tersebut. Saya tidak mengharapkan mahar yang lumayan memadai sekadar berpatutan dengan barang yang ditawarkan setanding kehalusan luarannya mahupun keindahan pengisian dalamnya juga nilai pengorbanan pencarian ilmu yang mengambil tempoh masa yang panjang tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)









