Isnin, 2 September 2013

Batu Selayang Cahaya

batu selayang cahaya yang belum diikat cincin


KETERANGAN BATU SELAYANG CAHAYA

Batu ini merupakan batu kebatinan dari Perguruan Persilatan Selayang Cahaya yang bertempat di Sulawesi iaitu asal usul perguruan ini, keilmuan, kebatinan dan urus tadbir perguruan terletak di Sulawesi sehingga sekarang sementara kawalan, keselamatan dan seliaan ilmu dari cawangan Perguruan Selayang Cahaya yang terletak di Gua Hang Tuah Gunung Ledang sehingga sekarang dan urustadbir perjalanan dan penyebaran ilmu Persilatan Selayang Cahaya secara nyata adalah melalui Persilatan Selayang Cahaya AKBN.
Peranan batu ini sebagai peranti barang kebatinan untuk menerima pancaran ilmu dan kebatinan dari perguruan kepada pemilik batu, selain dari menerima pancaran ilmu persilatan pemilik juga boleh bersilat / tempur secara automatik ketika diserang musuh.

KEBATINAN YANG ADA PADA BATU SELAYANG CAHAYA SEBAGAI MURID DALAM PERGURUAN PERSILATAN SELAYANG CAHAYA AKBN.
  1. disalurkan ilmu persilatan dan boleh terus bersilat dengan silat Selayang Cahaya
  2. boleh mengajar silat ini dengan syarat dan peraturan Selayang Cahaya
  3. boleh membentuk kumpulan silat sendiri yang bernaung dibawah Perguruan Selayang Cahaya
  4. gerak dan langkah silat tidak dapat dibaca oleh lawan
  5. diberikan kelebihan kekuatan dan pemberat pukulan (1pukulan menyamai 21pukulan)
  6. menguasai ilmu pertempuran (sparring/tempur)
  7. memiliki satu kalisan dari serangan dan hantaran ilmu dan pukulan kebatinan musuh
  8. menjarak gangguan ilmu hitam, ilmu sihir, ilmu muslihat musuh dan binatang buas
  9. menjauhkan gangguan iblis, syaitan dan jin
  10. menawarkan pelbagai penyakit
  11. menyerang musuh dari jarak jauh
  12. mengunci langkah dan gerak musuh
  13. kawalan gelanggang persilatan
  14. menguasai kesenian sprt seni tangan kosong, seni senjata, seni sembah
  15. penimbul semangat dan penimbul diri (tahan kulit)
  16. pengerun pada pandangan, renungan, suara wajah akan melunturkan keberanian dan semangat musuh
  17. pandangan, tutur kata dan buah fikiran menimbulkan penghormatan masyarakat
  18. menimbulkan semangat, keberanian dan tidak kenal erti takut (aura hulubalang)
  19. kepintaran bertindak dan ketenangan yang luar biasa.
  20. aura diri yang tinggi menjadikan orang ramai hormat kepada kita
  21. pukulan yang berbisa ditanggung musuh selama 40 hari
  22. diberikan hati yang terang dan ingatan yang baik
  23. dikurniakan pandangan yang tajam dan pendengaran yang jelas ketika bersilat
  24. kepantasan pukulan yang tidak dapat dilihat oleh musuh
  25. dikurniakan satu kekuatan kebatinan yang tinggi dan luar biasa
  26. setaraf dan sama darjat dengan mereka yang lama berkecimpung dalam persilatan
  27. penampilan kepimpinan dan ketokohan yang dikagumi
  28. dibukakan pintu rezki dan kewangan
  29. pelaris perniagaan dan pelaris diri
  30. mengikut niat dan hajat yang tidak menyalahi hukum agama dan hukum akal

ZIKIR PERSILATAN SELAYANG CAHAYA.

Setiap pemegang batu selayang cahaya akan dianugerahkan zikir persilatan selayang cahaya yang zikir ini pada asalnya dianugerahkan oleh Maulana Mahaguru Tua Perguruan Selayang Cahaya di Sulawesi kepada Maulana Mahaguru D.patinggi dan zikir tersebut juga merupakan zikir yang turut diamalkan oleh almarhum Hang Tuah lima bersaudara semasa hayat mereka. Diantara kelebihan zikir persilatan ini ialah:
1.sebagai pembuka bacaan sebelum memulakan persilatan bagi mendapatkan gerak persilatan
2.sebagai kawalan diri semasa persilatan dan pertempuran
3.kekuatan serangan semasa bertempur dengan musuh
4.sebagai pendinding dari gangguan ilmu musuh sama ada nyata mahupun ghaib
5.untuk berhadapan musuh yang ramai dan musuh yang mempunyai ilmu kebatinan
6.sebagai cuca atau pengunci ilmu dan pergerakan musuh 
7.sebagai talian perhubungan antara ahli persilatan dengan perguruan

Untuk makluman mahar belum termasuk upah membuat cincin dan  AKBN sedia membantu menguruskan pembuatan cincin sekiranya diperlukan.

                                  batu selayang yang telah dikat cincin                                .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan