Selasa, 3 September 2013

Cincin Petiran Sakti



Cincin sempena nama Perguruan Petiran Sakti iaitu perguruan dari sejarah  pemerintahan Kerajaan Buton Sulawesi. Penerapan kebatinan lebih dari 21 perguruan dari pelbagai aliran keilmuan dan persilatan samada aliran Melayu, Bugis dan Jawa yang bergabung bersama-sama dalam proses pengisian kebatinan tersebut. Kelebihan Cincin Petiran Sakti agak banyak namun himpunan kebatinannya untuk waktu kecemasan seperti berikut:  


HIMPUNAN KEBATINAN HULUBALANG DAN PENDEKAR ISTANA :
  1. kebatinan pembisa pukulan – kebatinan pukulan beracun akan mengalir dalam tubuh musuh apabila terkena pukulan kita
  2. kebatinan pemberat pukulan – di waktu kecemasan yang amat mendesak kekuatan satu pukulan diibarakan kekuatan yang mampu menumbangkan seekor lembu (dikenali pada zaman dahulu kala ditanah bugis sebagai ilmu kunta lunda)
  3. kebatinan pukulan dalaman – pukulan yang dilepaskan akan menyebabkan kecederaan dalaman tubuh yang sukar dirawat
  4. kebatinan pukulan terkenang – musuh yang menerima pukulan akan sentiasa  terbayang dan terkenang sepanjang hayat akan pukulan yang diterimanya itu, menyebabkan gangguan emosi / penyesalan pada dirinya.
  5. kebatinan pukulan tembus lapis – impak pukulan mampu menembusi ke dalam tubuh walaupun lawan memakai body protector contohnya ketika latihan silat  jika sparring partner  memakai 2 - 3 lapis body protector sekali pun dia masih terasa kekuatan dan impak pukulan yang kita lepaskan
  6. kebatinan pukulan hujan panas – musuh yang terkena pukulan menerima kesan jangka panjang diantaranya dirinya sering kebingungan, sering mengelamun, terasa fikiran kosong, mudah lupa, buntu  dan sering ditimpa masalah.
  7. kebatinan pukulan tiga jari – boleh membuat musuh ‘jem’ terkulai kehilangan kekuatan anggota tubuh badan seketika.
  8. kebatinan pukulan cakaran harimau – cakaran keatas tubuh musuh  mendatangkan kecederaan dan bisa berpanjangan seperti terkena cakaran harimau
  9. kebatinan pukulan pedang kalimah – pukulan secara tetakan tangan keatas musuh akan menyebabkan kecederaan dalaman  umpama tetakan ilmu pukulan batin.
  10. kebatinan pukulan maut – ibu pukulan yang boleh mendatangkan mudarat, kecederaan serius yang boleh membawa maut akibat kecederaan yang parah, atau boleh menyebabkan  musuh pengsan atau muntah darah.

HIMPUNAN KEBATINAN PANGLIMA  & PENGIRING RAJA :
  1. kebatinan junjungan panglima – satu aura darjat dan semangat panglima yang  membuat kita merasa satu kekuatan dan semangat juang yang tinggi dan luar biasa
  2. kebatinan pasak bumi / pasak diri – membuat kawalan diri dari serangan ilmu musuh, gangguan syaitan dan jin dan tendangan semula hanya dengan kaedah menekan tumit kebumi.
  3. kebatinan limunan – tujuh sudut dan tujuh lapisan dindingan keselamatan yang melingkari tubuh kita menghindari dari musuh nyata dan musuh ghaib serta ilmu sihir dan ilmu hitam serta ilmu dari kiriman musuh mengikut angin dan lain-lain
  4. kebatinan tempur – iringan kekuatan serangan dan dindingan ketika pertempuran
  5. kebatinan pelimun  – penghindar dari pandangan musuh seketika sewaktu darurat
  6. kebatinan kuncian – mengunci musuh disekeliling  / keluar dari kawasan musuh
  7. kebatinan penimbul – tahan dari pukulan dan senjata tumpul .
  8. kebatinan tangan besi – tangan yang keras dan kuat di waktu kecemasan namun pada masa-masa aman sekalipun ketika kita bersalaman dengan orang ramai mereka dapat merasa kelainan atau aura kekuatan pada tangan kita
  9. kebatinan api – digunakan untuk membakar jin yang berada dalam tubuh badan
  10. kebatinan air -  dipermudahkan mencari rezki, membantu dalam urus
  11. kebatinan tanah – dapat menyerap segala kiriman musuh, fitnah dan pelbagai dugaan dengan tenang
  12. kebatinan angin – membantu keluarga dan rakan yang bermasalah dari jarak jauh
  13. kebatinan peluntur – digunakan sebagai tambahan untuk membantu melunturkan permasalahan diri dan keluarga dalam hal-hal rawatan
  14. kebatinan darjat mahkota diraja-  kebatinan kemuliaan agar dihormati, disanjungi, digemari dan dimuliakan segenap lapisan masyarakat tidak kira bangsa, agama,  usia, manusia mahupun bunian juga keselamatan, dindingan, serangan dan rezki

2 ulasan: